Jangan gaduh dengan media, ‘best of luck’ – Ahmad Maslan

Jangan gaduh dengan media, ‘best of luck’ – Ahmad Maslan

566
0

KUALA LUMPUR, OKTOBER 18: JANGAN GADUH…Jangan bergaduh dengan media dan ‘best of luck’, Itulah dua nasihat yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada menteri-menteri Kabinet.

Ahmad Maslan memberikan nasihat tersebut sebagai mengulas perkembangan perhubungan media dan beberapa orang menteri yang dilihat sedikit tegang ketika ini.

Menurut Ahmad Maslan apa yang berlaku adalah disebabkan kesilapan mereka sendiri dan tidak wajar dibiarkan berpanjangan sehingga seolah-olah menjadi satu ‘peperangan’ antara pihak berkenaan dan media.

Nasihat beliau,  jika pun berlaku kesilapan dalam laporan yang dibuat sebagai sebagai seorang menteri, individu berkenaan seharusnya berjiwa besar dan menyelesaikan pertikaian tersebut secara peribadi dan bukannya secara terbuka.

“Saya sendiri pernah memegang jawatan Menteri Kabinet dan (satu perkara yang dipegang ialah) tidak boleh bergaduh dengan media,” katanya semalam.

Dalam temubual tersebut, Ahmad Maslan turut menasihatkan agar pihak kerajaan berhenti membuat kenyataan bahawa kerajaan kini tidak mempunyai masalah kewangan.

Menurutnya, masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan adalah atas kesilapannya sendiri dan adalah tidak wajar untuk ia melaksanakan sebarang langkah penyelesaian yang akan membebankan rakyat.

“Saya harap mereka kreatif dalam mencari sumber kewangan yang baharu baharu tetapi kalau hendak dibebankan kepada rakyat itu tidak wajar.

“Mereka (kerajaan) dalam keadaan tidak tentu sekarang. Apa yang saya boleh saya katakan kepada mereka ialah ‘all the best’ (selamat berjaya),” katanya.

Ahmad Maslan juga turut memberi komen mengenai isu larangan merokok di dalam bangunan Parlimen.

Kata beliau, walaupun ia satu keputusan yang baik larangan itu tidak sepatutnya dibuat secara menyeluruh kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah merokok dalam kalangan ahli Parlimen.-MY WD