KUALA LUMPUR, 14 April – Tidak Perlu Lagakan…… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan
Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri selain menyandang jawatan Menteri
Pertahanan, adalah atas saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum pelantikan itu diumumkan beliau pada Rabu lalu (12 April), ia telah dibincangkan dengan timbalannya itu yang juga Menteri Dalam Negeri selama berbulan-bulan.
“Sebab itulah saya nak beritahu, jangan ada yang nak lagakan Datuk Hisham¬† (Hishammuddin) dengan Datuk Zahid (Ahmad Zahid).
¬†“Bila saya umum Datuk Hisham jadi Menteri Pertahanan dengan (Menteri) Tugas-tugas Khas saya dah bincang dengan Datuk Zahid berbulan-bulan, malah Datuk Zahid yang cadangkan Datuk Hisham dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas,” katanya ketika melancarkan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahmad Zahid, pimpinan tertinggi UMNO dan sayap serta pemimpin parti-parti komponen BN.
Mengulas lanjut, Najib berkata kedua-dua pemimpin itu pada hakikatnya mempunyai hubungan yang amat baik.
“Tidak ada masalah, bila yang di atas ini padu, Wanita, Pemuda dan Puteri…kita juga ada konsensus dalam Barisan Nasional (BN). Pemukiman yang kita buat di Janda Baik baru-baru ini cukup berjaya, hidupkan semangat luar biasa. Kalau dulu buat program asing-asing, sekarang ni kita akan lebih banyak buat program atas semangat BN,” katanya. – WD MY