KUALA LUMPUR, 22 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengingatkan
pengguna media sosial diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman, yang mampu
mengancam keselamatan negara.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pengguna media sosial mencontohi etika
kewartawanan diamalkan media arus perdana, yang menerbitkan penulisan yang baik.

Beliau mendapati ada usaha dilakukan pihak tertentu, terutamanya pengguna media sosial
yang sengaja menyemarakkan api perkauman.

“Tunggu tindakan apabila pemain media sosial apatah lagi dalam kalangan portal berita dalam
talian yang bermain api perkauman,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Institut Keselamatan
dan Pertahanan Malaysia (MiDAS) 2015, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharom dan Ketua Eksekutif MiDAS,
Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin.

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY