MELAKA, MAC 14 – JANGAN..Pengundi dinasihatkan agar jangan memperjudikan masa depan negara dengan mempercayai manifesto yang diumumkan oleh Pakatan Harapan baru-baru ini, kata Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata ini kerana manifesto yang diumumkan baru-baru ini bersandarkan kepada faktor yang tidak realistik serta bersifat populis sahaja kerana manifesto yang diumumkan adalah untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata, manifesto yang diumumkan adalah untuk memancing rakyat dimana rakyat percaya dan seterusnya akan gembira dengan manifesto tersebut. Walhal, secara logiknya bagaimana siapa yang akan membayar segala jenis kos dan hutang daripada inisiatif yang dilaksanakan dalam manifesto tersebut.

“Siapa yang akan bayar, adakah mereka mahu generasi masa depan negara ini membayar segala hutang ini? Maka kita kena berhati-hati sebab banyak janji yang tidak realistik,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pejabat Parti Gerakan Negeri Melaka di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi berkata ia berbeza dengan manifesto yang diumum Barisan Nasional (BN) setiap kali pilihan raya yang lebih berdasarkan fakta, realiti dan sokongan rakyat.-MY WD