JANGAN PUTUS HARAPAN. INI BUKAN PENGAKHIRAN

JANGAN PUTUS HARAPAN. INI BUKAN PENGAKHIRAN

69
0

KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 20: Pergerakan Wanita UMNO meminta seluruh ahli parti itu supaya jangan putus harapan dengan situasi yang melanda UMNO pada masa ini.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ini bukan tanda pengakhiran UMNO memandangkan masih ada lagi pemimpin yang komited malah tabah dan sabar untuk memulihkan parti.

“Wanita UMNO terkejut dan terkilan dengan tindakan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang keluar dari UMNO.

“Tindakan mereka meninggalkan UMNO di saat-saat parti sedang mengharungi cabaran getir membuktikan mereka tidak sanggup berjuang bersama UMNO,” katanya.-MY WD