PETALING JAYA, 29 Dis – Rakyat Malaysia perlu berani untuk
menjadi usahawan dan memohon geran yang disediakan kerajaan melalui SME Bank.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad
Maslan berkata menurut satu kajian di negara-negara maju, didapati kebanyakan
rakyatnya terdiri daripada usahawan.

“Mulai tahun depan, MITI akan menganjurkan lebih banyak kursus
tentang perniagaan dalam talian.

“Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menyertai kursus
ini, tidak ada masalah jika ia dibuat pada waktu malam atau hujung minggu agar
tidak mengganggu prestasi kerja mereka,” katanya pada taklimat media semasa
lawatan beliau ke pangkalan Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) di sini.

Beliau berkata selain mempunyai pekerjaan sepenuh masa, mereka boleh
mempertimbangkan untuk menjalankan perniagaan dalam talian memandangkan
potensinya yang besar, dengan peningkatan pelbagai barang dan perkhidmatan
seperti menjual pakaian dan kasut serta penghantaran makanan.

Ahmad berkata, di negara-negara maju, bukan suatu yang luar biasa bagi
seseorang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan.

Dana SME Bank termasuk Tabung Usahawan Muda dengan nilai kelulusan
sebanyak RM38.9 juta pada Oktober 2015, Tabung Usahawan Siswazah (RM214.4
million) dan SME-Go (RM21 juta). – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY