JANGAN TERPEDAYA ‘TSUNAMI FITNAH’ PEMBANGKANG

JANGAN TERPEDAYA ‘TSUNAMI FITNAH’ PEMBANGKANG

734
0

KUALA LUMPUR, APRIL 27: JANGAN…Jangan terpedaya dengan ‘tsunami fitnah’ yang disebarkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam masa menghampiri PiRU14 ini, pembangkang akan cuba menyebarkan fitnah dan pembohongan sebanyak mungkin bagi mengaburi mata rakyat, kata Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberitahu, PRU-14 sepatutnya menjadi medan pertandingan bagi semua parti untuk menawarkan agenda yang lebih baik untuk rakyat dan negara.

“Mengapa kita guna cara seperti ini? Maknanya, anda mengakui bahawa agenda anda tidak mampu mengatasi agenda BN untuk rakyat dan negara.

“Anda terdesak apabila terlibat dalam politik kotor sehingga ke tahap sebegini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.-MY WD