NEW YORK, 25 Sept – Jangan Terpengaruh…..Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu mahasiswa lebih mengutamakan pengajian dan akademik di institut pengajian tinggi (IPT) berbanding menceburkan diri dalam perniagaan termasuk menjadi ejen pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembabitan mahasiswa dalam apa juga bentuk perniagaan termasuk MLM dibimbangi akan menjejaskan tumpuan mereka dalam pembelajaran selain dikhuatiri menyebabkan pelajar menanggung hutang ketika masih belajar.

“Mahasiswa perlu bijak merancang dan menentukan hala tuju mereka dalam apa juga aktiviti yang ingin disertai ketika sedang belajar seperti berniaga atau apa sahaja.

“Jika apa yang dilakukan atau disertai itu tidak menjejaskan pembelajaran dan prestasi akademik, saya fikir tidak mengapa tetapi jika sampai membebankan mereka dan terpaksa berhutang, lebih baik hentikan sahaja demi masa depan anda,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 di sini, semalam.
.
Ahmad Zahid berkata, beliau mengakui berpengalaman bekerja sambil belajar ketika menuntut di universiti dengan niat untuk menampung kos sara hidup dan pembelajaran semasa di kampus.

“Saya pernah bekerja secara sambilan di sebuah syarikat akhbar dan agensi penyiaran ketika belajar di universiti. Pelajar macam saya bukan datang dari golongan berada. Tetapi tidak sampai menjejaskan prestasi akademik saya,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, mahasiswa tetap menanggung risiko kerugian atau ditipu sindiket jika tidak berhati-hati dalam perniagaan mereka sertai. – WD MY

LEAVE A REPLY