KIMANIS, APRIL 23:┬áBARISAN NASIONAL… Barisan Nasional (BN) akan terus melaksanakan tanggungjawabnya membangunkan Sabah dan Sarawak jika diberi mandat menerajui kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bukti kesungguhan Kerajaan Pusat dan negeri dalam menunaikan hak Sabah dan Sarawak.

Malah, katanya, kebanyakan hak yang terkandung dalam MA63 sedang dilaksanakan.

“Contohnya, dasar 90 peratus guru dari Sabah dan Sarawak kini hampir terlaksana, malah soal minyak dan gas juga dimasukkan dalam manifesto BN selepas dibawa kepada Kabinet dan diterima Perdana Menteri.

“Apa yang berlaku sekarang pembangkang harus mengakui bahawa tohmahan mereka berkaitan MA63 tidak lagi laku kerana ia sudah dilaksanakan Kerajaan Pusat dan negeri,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kimanis di Pekan Bongawan, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengembalikan apa yang terambil dalam tempoh 22 tahun pentadbiran oleh Perdana Menteri terdahulu, membuktikan keprihatinan kerajaan memastikan kandungan MA63 harus dilaksanakan.

“Jika ada yang terlepas pandang atau tidak diselesaikan, Perdana Menteri akan cari jalan menyelesaikannya. Malah, beliau melantik Anifah untuk mewakili Kerajaan Pusat bagi mengkaji perkara yang terambil atau terlepas pandang,” katanya.-MY WD