KOTA KINABALU, 26 Julai – Jatuh Hukuman…..Sembilan tertuduh warga Filipina yang dituduh mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dalam kes pencerobohan Lahad Datu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Di mahkamah sama, tujuh lagi warga Filipina dihukum penjara 13 tahun mengikut Seksyen 130 KA Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas.

Seorang dipenjara 15 tahun dan lima lagi dipenjara 18 tahun manakala seorang rakyat tempatan dihukum penjara 15 tahun mengikut seksyen sama.

Semalam 13 tertuduh kes pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu manakala seorang lagi dibebaskan.

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, didapati bersalah atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda mengikut seksyen 121 kanun keseksaan.

Lapan lagi yang didapati bersalah melancarkan peperangan ke atas Yang di Pertuan Agong ialah Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada @ Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69,kesemuanya warga Filipina.

Datu Amir Bahar, Salib Akhmad, Al Wazir, Tani dan Julham sebelum ini turut mengaku salah atas pertuduhan kedua iaitu menganggotai kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Seorang lagi tertuduh, Basil Samiul, 35, dibebaskan selepas didapati tidak bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 130 KA dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi penghantaran pulang ke negara asalnya, Filipina. – WD MY

LEAVE A REPLY