Jatuh Hukuman Mati Selepas Hina Islam Di Facebook

0
68

ISLAMABAD, 11 Jun – Hukuman…..Lelaki Pakistan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menghina Islam di Facebook kata peguamnya, semalam.

Hakim Shabbir Ahmad Awan menjatuhkan hukuman mati kali pertama membabitkan kesalahan di media sosial itu di Bahawalpur, kira-kira 600 kilometer di selatan ibu negara Pakistan.

Pegawai pendakwa Shafiq Qureshi berkata, Taimoor Raza didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad menerusi laman media sosial itu.

Peguamnya Rana Fida Hussain berkata, Taimoor bertengkar dengan seorang pegawai dari jabatan antikeganasan, yang mendorong beliau mendakwanya berdasarkan komen yang dibuat di laman sosial terbabit.

Rana berkata anak guamnya tidak bersalah dan beliau akan mengemukakan rayuan.

Menghina Islam adalah dakwaan amat sensitif di Pakistan, yang boleh mencetuskan rusuhan dan keganasan walaupun belum terbukti. – WD MY