KUALA LUMPUR, 13 Nov – Tajaan……. Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal kembali menggunakan jenama peralatan sukan terkenal dari Amerika Syarikat, Nike pada musim depan.

Pada musim ini, juara Piala AFC 2015 itu mendapat penajaan daripada satu lagi pengeluaran peralatan sukan terkenal dunia yang berpangkalan di Jerman, Adidas.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook kelab bola sepak berkenaan, Johor Southern Tigers.

Presidennya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, JDT sekali lagi merintis sejarah selepas bakal mengesahkan penajaan terbesar membabitkan pasukan bola tempatan menerusi penajaan dengan jenama gergasi barangan sukan itu.

“Kontrak perjanjian tajaan JDT bersama Adidas akan berakhir pada penghujung tahun ini,” katanya.