PETALING JAYA, 4 Ogos – PM Lepas Kumpulan Kedua Jemaah Haji……. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyempurnakan Majlis Pelepasan dan Ucap Selamat Jalan kepada kumpulan kedua jemaah haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya.

Penerbangan kedua membawa 450 jemaah menggunakan pesawat syarikat penerbangan Arab Saudi akan berlepas dari KLIA pada jam 4.00 petang ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim. – WD MY

LEAVE A REPLY