BAGAN DATOH, 23 Dis – Selamat Tiba…. Jenazah adik bongsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri, tiba di Kampung Sungai Nipah Darat, di sini, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke rumah keluarga Ahmad Zahid, di sini, kira-kira jam 11.25 pagi diiringi Ahmad Zahid.

Allahyarham yang berusia 45 tahun dan menghadapi komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, Wangsa Maju, di ibu negara, jam 11.30 malam tadi.

Jenazah Allahyarham Ahmad Dzulfikri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, di sini, selepas solat Jumaat nanti. – WD MY