KUALA LUMPUR, 18 DIS – SETUJU…. Keluarga arwah Muhammad Adib Mohd Kassim memberi persetujuan jenazah anggota bomba itu dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jenazah arwah akan dibawa ke kampung halamannya di Kedah menggunakan jalan darat selepas selesai proses bedah siasat itu.

“Pada hari pertama kejadian (rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu) kita berjanji pada keluarga Muhammad Adib untuk menjaga kebajikan arwah dan keluarga.

“Kerajaan akan memberikan bantuan pada setakat yang kita mampu,” katanya ketika ditemui media di Institut Jantung Negara (IJN) awal pagi ini. – WD  MY