KHERAH, 27 April – TIBA….. Jenazah Dr Fadi M R Albatsh tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, pada jam 4 pagi tadi.

Sejurus ketibaan jenazah di lapangan itu, pihak berkuasa Mesir menyerahkannya kepada wakil kedutaan Palestin di Kaherah dan pada jam 7 pagi.

Jenazah kemudian dibawa oleh ambulans sehingga ke persimpangan Rafah untuk dikebumikan di Gaza, menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Omar Seyam.

Sementara itu, Duta Besar Negara Palestin di Kaherah, Diab Al-Louh, bekerjasama dengan Kedutaan Negara Palestin di Kuala Lumpur bagi menguruskan jenazah Allahyarham Dr Fadi dan membawa pulang keluarganya ke Gaza dari Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan Penerbangan Arab Saudi.

Diab Al-Louh memuji kerjasama pihak berkuasa Mesir dan Perkhidmatan Perisikan Am yang berusaha membawa balik jenazah Dr Fadi untuk dikebumikan di Gaza, sebagaimana permintaan keluarga Allahyarham.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap Allah SWT memberi kesabaran dan kekuatan kepada mereka.

Dr Fadi, seorang imam dan juga pensyarah di Kuala Lumpur British Malaysia Institut (UniKL BMI), ditembak mati di luar kondominium di Jalan Gombak, Setapak pada 21 April lalu ketika beliau sedang berjalan ke surau untuk menunaikan solat Subuh. – WD MY