SEPANG, 6 Jan – Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut
dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air hari ini.

Jenazah yang dibawa pulang menggunakan pesawat China Airlines tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 1.18 tengah
hari.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung
Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.

Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt
lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama
rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat
rakannya.

Allahyarham meninggalkan isteri Siti Hazwani Ahmad dan tiga anak lelaki
berusia tiga tahun dan pasangan kembar berusia kira-kira tiga bulan. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY