PASIR MAS, NOVEMBER 17: KONSTABEL…Jenazah Konstabel Wan Mohd Arif Wan Yahya, 28, yang lemas selepas terjatuh ke Sungai Paka, Kampung Baru Durian Mentagau, Dungun, Jumaat lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pok Man, Kampung Atas Sekil, di sini, jam 11.30 malam tadi.

Terdahulu, jenazah tiba kira-kira jam 10.30 malam dan disolatkan di surau berhampiran rumahnya di Kampung Padang Embun sebaik selesai proses bedah siasat di Hospital Dungun.

Terdahulu, jenazah tiba kira-kira jam 10.30 malam dan disolatkan di surau berhampiran rumahnya di Kampung Padang Embun sebaik selesai proses bedah siasat di Hospital Dungun.

Suasana pilu di tanah perkuburan dengan kehadiran lebih 300 penduduk kampung mengiringi jenazah.

Turut mengiringi adalah isterinya, Sharifah Murni Sayed Ab Aziz, 27, yang kelihatan sugul dan enggan ditemubual.

Difahamkan Sharifah Murni yang juga penuntut Tahun Dua di sebuah kolej jururawat di Kuala Terengganu baharu selesai menduduki peperiksaan pada Khamis lalu.

Ibu mangsa, Wan Yah Wan Yaacob, 52, yang menghidap penyakit buah pinggang mengiringi jenazah dari Dungun dengan menaiki ambulans dan terpaksa diusung naik ke rumah kerana terlalu lemah.

Sebelum ini melaporkan seorang anggota polis dan suspek yang diburu dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di Durian Mentangau, di Dungun, Jumaat minggu lalu.

Ketika kejadian jam 8.30 malam itu, Wan Mohd Ariff yang bertugas di Balai Polis Paka dan suspek berusia 39 tahun, dikatakan tergelincir dari tebing sungai itu. Mayat suspek ditemui jam 11.50 pagi Isnin lalu.

Jenazah anggota polis itu ditemui jam 12.25 tengah hari Jumaat kira-kira 300 meter dari lokasinya terjatuh.-MY WS