KUALA LUMPUR,OGOS 4:JENAZAH…Jenazah personaliti tersohor negara, Datuk Mahadzir Lokman selamat dikebumikan sebentar tadi.

Allahyarham Mahadzir yang menghembuskan nafas terakhir di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi semalam disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Jenazah Allahyarham Mahadzir sebelum itu ditempatkan di kediaman keluarganya di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor sebaik tiba dari Kota Kinabalu awal pagi ini.

Ratusan orang termasuk saudara-mara serta kenalan hadir memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Mahadzir yang meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Antara yang hadir ialah penyanyi rock terkenal, Amy Search serta rakan-rakan Allahyarham semasa berkhidmat di TV3 seperti Ezzah Aziz Fawzy.-MY WD