POKOK SENA, 22 Jun – Sebanyak 19 daripada jenazah terbabit adalah lelaki dan dikebumikan di dalam
satu liang lahad, manakala dua jenazah wanita dikebumikan di liang lahad
berasingan tetapi bersebelahan.

Ke semua jenazah di bawa ke tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang, 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia
dipercayai bangsa Rohingya yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

Lima buah trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan untuk mengangkut
kesemua keranda kayu daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ke tanah
perkuburan dan diiringi motosikal peronda PDRM.

Pengebumian jenazah-jenazah mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia
di Wang Kelian itu bermula pada 9.30 pagi dan dihadiri penduduk Kampung Tualang
dan penduduk-penduduk kampung berhampiran.

Kawasan tanah perkuburan dikawal ketat oleh anggota polis.
Kesemua jenazah terbabit dikebumikan selepas proses proses bedah siasat
yang dijalankan oleh HSB selesai.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, baki 85 jenazah
mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu akan turut dikebumikan di
Kampung Tualang secara berperingkat selepas berakhirnya proses bedah siasat di
HSB.

Menurut beliau, pengebumian jenazah terbabit dikendalikan oleh Majlis Agama
Islam Kedah (MAIK), manakala kos pula ditanggung sepenuhnya oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN). – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY