PUCHONG,OKTOBER 5:DIKEBUMIKAN…Jenazah, Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, yang dilaporkan lemas di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran perumahan D’Islands, di sini, selamat dikebumikan jam 11.25 malam tadi.

Jenazah mangsa sebelum itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang bagi bedah siasat sebelum dibawa keluar pada jam 9.30 malam untuk disembahyangkan di Masjid Taman Putra Perdana.

Sebaik selesai solat jenazah di masjid berkenaan pada jam 10.45 malam, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Taman Putra Perdana, di sini, dan selamat dikebumikan pada jam 11.30 malam tadi.

Seramai 150 ahli keluarga dan rakan mangsa hadir ketika pengebumian mangsa di Tanah Perkuburan Taman Putra Perdana, di sini, malam semalam.

Sebelum itu, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada jam 5.45 petang tadi kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Sebelum ini melaporkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Ilham yang dilaporkan lemas, di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, lemas ketika menjalankan operasi kira-kira jam 9 malam semalam.-MY WD