KUALA LUMPUR, 29 Dis – Hari ini, Bakti Wira Development Sdn Bhd, anak
syarikat milik penuh Boustead Holdings Bhd (BHB), telah memetrai perjanjian
jualan saham bersyarat dengan Cascara Sdn Bhd untuk menjual 30 peratus ekuitinya
dalam Jendela Hikmat Sdn Bhd (JHSB) bernilai RM180 juta.

Selepas jualan itu selesai, JHSB tidak lagi menjadi syarikat bersekutu BHB,
katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

“Cadangan penjualan itu merupakan peluang kumpulan untuk merealisasikan
keuntungan bersih kira-kira RM194.46 juta berdasarkan kos pelaburan kumpulan,
selepas pelarasan untuk perkongsian kerugian, cukai dan perbelanjaan berikutan
cadangan jualan berkenaan.

“Cadangan jualan itu juga membolehkan kumpulan mengukuhkan kedudukan
kecairan dan aliran tunai dengan mengumpul pendapatan tunai kasar RM180 juta
yang akan diguna, antara lain untuk modal kerja,” katanya.

BHB menambah, cadangan jualan itu dijangka selesai menjelang suku ketiga
2016. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY