TOKYO, 22 Nov – Tsunami………Penduduk di sekitar kawasan pantai di Jepun diarah menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi susulan gempa kuat 7.4 magnitud melanda Fukushima, pagi tadi.
Agensi Meteorologikal Jepun mengeluarkan amaran tsunami dengan ketinggian ombak mencapai sehingga 3 meter (kira-kira 10 kaki) di Fukushima dan kawasan berhampirannya.
Nasihat ancaman tsunami turut dikeluarkan bagi penduduk dan wilayah di perairan utara Pasifik Jepun.
Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun merekodkan gempa di Fukushima ialah 6.9 magnitud. Gempa berkenaan dilaporkan menggoncang bangunan di Tokyo yang terletak 240 kilometer (km) di barat daya pusat gegaran gempa.
Stesen penyiaran negara itu juga mengeluarkan nasihat agar penduduk dipindahkan segera dengan mengingatkan bencana gempa pada tahun 2011 yang mengorbankan kira-kira 18,000 orang. – WD MY