NEW YORK, 5 Sept – DRAF….. Kerajaan Jepun menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu supaya bersetuju terhadap rancangan menderaf resolusi sekatan baharu bagi menghukum Korea Utara susulan ujian nuklear keenamnya semalam.

Duta Jepun ke PBB, Koro Bessho berkata, sebelum mesyuarat tergempar majlis berkenaan, pihaknya kini sudah kesuntukan masa.

“Korea Utara perlu diberi tekanan, jika mereka terus berdegil, ada akibat yang perlu diterima,” katanya kepada media di sini, hari ini. – WD MY