KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketampakan rendah kurang daripada lima
kilometer disebabkan jerebu di sekitar perairan Selat Melaka dan Kuching
dijangka berterusan sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata
keadaan yang sama turut berlaku di persekitaran perairan Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Barat Johor.

Keadaan itu berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai navigasi
pelayaran.-Agensi (WD MY)

LEAVE A REPLY