JAKARTA, 7 Dis – Arahkan Usaha Menyelamat…….. Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan institusi kerajaan berkaitan menyokong usaha menyelamat di Aceh susulan gempa bumi 6.5 magnitud melanda timur laut wilayah itu, pagi ini.

“Saya sudah mengarahkan beberapa institusi kerajaan menjalankan usaha pemindahan,” kata Presiden, hari ini.

Katanya, beliau turut mengarahkan Ketua Staf Presiden, Teten Masduki supaya pergi ke Aceh untuk memantau situasi.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan pusat gempa bumi itu terletak 18 kilometer di timur laut daerah Pidie Jaya dan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Ia berlaku sebaik selepas jam 5.00 pagi. Laporan terbaharu menyebut gempa itu sudah meragut 54 nyawa dan beratus lagi cedera.
Pada 26 Disember 2004, gempa bumi 8.9 magnitud mencetuskan gelombang tsunami yang melanda Aceh dan lebih 120,000 terkorban. – WD MY