JAKARTA, 8 Dis – Tinjau…. Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo terbang ke Aceh hari ini untuk meninjau sendiri usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa magnitud 6.5 berhampiran daerah Pidie Jaya di Aceh.

Jokowi dan rombongan beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah di Bali, kira-kira jam 3.00 petang waktu tempatan dengan menggunakan pesawat Presiden.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda di Banda Aceh, kira-kira jam 6.00 petang.

Difahamkan, beliau akan bermalam di ibu kota wilayah Aceh, sebelum melawat Pidie jaya, esok.

Jokowi sebelum ini memaklumkan beliau akan berkunjung ke Aceh untuk melawat mangsa gempa di Pidie Jaya, namun menangguhkannya bagi mengelak mengganggu urusan mencari dan menyelamat yang kini sedang giat dijalankan. – WD MY