SYDNEY, 25 Feb –  Tiba……. Joko ‘Jokowi’ Widodo tiba di sini hari ini dalam lawatan pertamanya ke Australia sebagai pemimpin Indonesia.

Pesawat membawa Jokowi dan isteri, Iriana Widodo, mendarat dalam hujan dan kedua-duanya berpayung ketika disambut pegawai Australia di lapangan terbang Sydney.

Memperbaiki perdagangan dan pelaburan akan menjadi tumpuan Jokowi dalam lawatan dua hari itu dengan rancangan memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas dua hala tahun ini.

Jokowi akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin perniagaan tengah hari ini sebelum menghadiri jamuan makan malam peribadi dengan Perdana Menteri, Malcolm Turnbull, di kediaman pemimpin itu.

“Hubungan Australia dengan Indonesia semakin kukuh tetapi belum mencapai potensi sepenuhnya,” kata Turnbull .

Beliau berkata, Australia lebih banyak menjalankan perdagangan dengan Malaysia, Singapura dan Thailand berbanding Indonesia. – WD MY