KUALA LUMPUR,MEI 26: PESAKA…Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) membayangkan terdapat pesilat yang bergelar juara dunia akan digugurkan daripada skuad ke Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Perkembangan berkenaan disahkan Setiausaha Agung PESAKA Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang menjelaskan tindakan berkenaan akan dilakukan bagi memastikan hanya skuad terbaik dibawa ke Indonesia.

“Pesilat negara kini berada di Filipina dan akan pulang pada 31 Mei nanti.┬áSebaik pulang kita menamakan senarai akhir ke Jakarta bagi Sukan Asia.

Mungkin satu ada dua atlet yang meraih emas Sukan SEA 2017 akan digugurkan kerana masalah prestasi,” kata Megat yang turut tidak menolak andaian ada antaranya yang bergelar juara dunia.

“Kita turut akan mengumumkan sasaran PESAKA di Sukan Asia selepas itu,” katanya.

Silat pertama kali dipertandingkan di Sukan Asia dengan atlet negara yang mendominasi 10 emas Sukan SEA 2017 diharapkan mampu meraih kejayaan di pentas lebih besar.-MY WD