ISTANBUL, 8 FEB – RUNTUH…. Jumlah kematian akibat apartmen runtuh di Istanbul meningkat kepada 10 orang, semalam, ketika lebih banyak mayat dikeluarkan daripada runtuhan, menurut pihak berkuasa Turki.

Bangunan lapan tingkat di daerah Kartal itu, sebelah benua Asia Istanbul runtuh, kelmarin, namun puncanya masih tidak diketahui.

Sebelum ini, penyelamat melaporkan dua orang maut, namun gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya semalam berkata, jumlah itu melonjak kepada 10, ketika lebih banyak mayat ditarik keluar, lapor agensi berita Anadolu.

Katanya, 13 mangsa lain cedera dengan tiga daripada mereka dalam keadaan serius. – WD MY