WASHINGTON, 4 Ogos – Siasat……. Robert Mueller, memilih juri agung untuk menyiasat campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2016, lapor akhbar Wall Street Journal semalam.

Peguam Khas itu berkata ia adalah langkah ke arah kemungkinan mengenakan dakwaan jenayah.

Akhbar itu, memetik dua sumber yang tidak dinamakan, melaporkan juri agung memulakan tugas di Washington dalam masa beberapa minggu ini.

Langkah itu menjadi petunjuk siasatan persekutuan, termasuk dakwaan pegawai kempen Trump bekerjasama dengan Russia untuk memastikan kemenangan hartawan Republikan itu, semakin lancar.

Pemilihan juri agung membolehkan Mueller, bekas pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu, mendapatkan dokumen dan keterangan bersumpah.

Ia boleh membawa kepada pendakwaan jenayah.

“Ia adalah peningkatan penting proses itu. Anda tidak memilih juri agung kecuali siasatan menemui bukti mencukupi yang anda rasakan mencerminkan pelanggaran sekurang-kurangnya sekali, perlakuan jenayah.

“Jika boleh melakukan pendakwaan, langkah seterusnya adalah menangkap defendan,” kata peguam keselamatan kebangsaan, Bradley Moss.

Peguam presiden, Ty Cobb, berkata beliau tidak tahu juri agung sudah dikumpulkan.

“Perkara juri agung sepatutnya rahsia. Rumah Putih sedia bekerjasama penuh dengan Mueller,” kata Cobb. – WD MY