PORT-AU-PRINCE, 24 Sept – CEDERA…  Seorang jurugambar cedera apabila seorang senator Haiti melepaskan tembakan dengan pistol di luar Parlimen ketika cuba menyuraikan penunjuk perasaan.

Senator Jean-Marie Ralph Fethiere, anggota parti pemerintah Haiti, berkata beliau bertindak mempertahankan diri selepas penunjuk perasaan propembangkang menyerbu bangunan Parlimen di Port-au-Prince untuk mengganggu sesi Senat.

“Saya mempertahankan diri. Mempertahankan diri secara sah adalah hak suci,” kata Fethiere kepada media tempatan, menambah beliau tidak menyedari seorang jurugambar cedera.

Jurugambar yang bekerja dengan agensi berita The Associated Press mengalami cedera ringan di rahang akibat terkena serpihan peluru.

Jurugambar, yang enggan dikenali, kelihatan terkejut dan dimasukkan ke hospital.

Sesi Senat ditangguhkan selepas kejadian pagi semalam itu.

Terdahulu, ratusan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di ibu negara bagi menyatakan kekecewaan dengan Presiden

Jovenel Moise, dan mendirikan halangan sepanjang laluan mereka. — WD MY