NEW YORK, 3 Jan – Seorang jurugambar berusia 20 tahun untuk menyambut malam tahun baharu tidak kesampaian apabila dia dilapor terjatuh dari bumbung sebuah hotel di New York.

Menurut pihak polis, Connor Cummings dan rakannnya, Olivares membuat cubaan memanjat puncak Hotel Four Seasons – Midtown’s Swanky untuk mendapatkan sudut yang terbaik bagi merakam gambar sambutan malam tahun baharu itu.

Malangnya, Connor tidak berjaya untuk menunaikan hasratnya.

Ia juga difahamkan bahawa mereka berdua bukan tetamu hotel, tetapi telah menyeludup masuk ke kawasan itu tanpa pengetahuan pihak pengurusan hotel.

Memetik laporan portal Daily News, jurugambar berkenaan dilapor terjatuh ketika sedang berjalan di atas titian besi di tingkat 52 bangunan itu.

Connor dilaporkan maut di tempat kejadian.

Olivares bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecedaran namun dia melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku, akibat terlalu panik.

Bagaimanapun, Olivares kembali semula ke tempat kejadian selepas beberapa minit serta melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis dan keluarganya.

Oliveras kemudian disoal siasat dan kemudian dibebaskan tanpa dakwaan. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY