KUALA LUMPUR, 1 Nov – Pemain Amerika Syarikat, Justin Thomas
merangkul kejuaraan Golf CIMB Classic 2015 dengan jumlah catatan 26 bawah par
262 di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di sini, hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai US$1.26 juta
(RM5.40 juta) dan trofi kejohanan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.

Bekas pemain nombor satu dunia, Adam Scott dari Australia meraih tempat
kedua selepas ketinggalan satu pukulan dengan catatan keseluruhan 25 bawah par
263 pukulan.

Dua lagi pemain Amerika Syarikat, Brendan Steele dan Kevin Na, berkongsi
kedudukan tempat ketiga selepas terikat dengan catatan 24 bawah par 264 pukulan.
-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY