KUALA LUMPUR, 20 Jun – Pelancong dari China akan dikecualikan bayaran visa melancong ke negara ini.

Menurut Menteri Dalam Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kabinet telah bersetuju untuk mengecualikan bayaran dan visa melancong ke Malaysia.

“Kabinet telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran dan visa bagi pelancong dari China,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pengecualian tersebut hanya untuk pelancong yang melancong secara berkumpulan.

“Namun, ia hanya untuk pelancong yang melancong secara berkumpulan dan tidak kepada pelancong individu atau persendirian,” kata beliau ketika meraikan anak-anak yatim di salah sebuah pasaraya di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, tempoh percubaan yang diberikan oleh kabinet itu adalah untuk merangsang industri pelancongan ke negara ini.

Ahmad Zahid turut mengulas mengenai pengusiran suspek militan seperti dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya mengesahkan pengusiran seorang suspek warga Afrika-Jordan yang dibuat hari ini,” kata beliau. – Faizal Dato Badarudin, Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY