PUTRAJAYA, 19 Mei – Dua Buah sekolah disini hari ini mencatatkan sejarah apabila mencipta
kad ucapan Hari Guru ciptaan pelajar dan menerima anugerah Malaysia Book of
Records (MBOR) sebagai kad ucapan hari guru terpanjang.

Hasil kreatifviti oleh 2,000 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya
Presint 8 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya (SMK) Presint 8 (1), kad
sepanjang 1,386 meter itu ditulis di atas 4,000 kad berukuran A3. (297
milimeter tinggi dan 420 milimeter lebar)

Majlis disaksikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor, pelajar berkenaan kemudian berbaris sambil memegang dua keping
kad ciptaan mereka di padang kompleks sekolah itu untuk diukur oleh pihak MBOR
bagi pengesahan.

Pengasas MBOR Tan Sri Danny Oii kemudian menyerahkan anugerah itu
kepada Tengku Adnan sebelum disampaikan kepada Pengetua SMK Putrajaya Presint 8
(1) Zawi Yahaya.

Hadir sama Guru Besar SK Putrajaya Presint 8 (1) Naemah Ismail.

Rekod kad ucapan Hari Guru terpanjang sebelum ini dipegang oleh SMK
Tamparuli, Sabah dengan 762 meter panjang membabitkan penyertaan 1,300 pelajar.
-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY