DOHA, 5 Feb – Kempen…… Barisan Nasional akan menggunakan kempen kaedah Multimedia seperti yang pernah dilakukan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Kuala Kangsar bagi membantu calonnya dalam PRK Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, yang masih dalam tempoh edah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara
kaedah yang akan digunakan termasuklah penggunaan multimedia bagi mendekati
pengundi di kawasan itu.
“Kita akan mengikut acuan kempen di Kuala Kangsar. Calon BN tidak akan
keluar, sebaliknya kita guna pendekatan mutimedia dan bahan-bahan cetak,”
katanya di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu telah dirujuk kepada Mufti Sarawak Datuk Kipli
Yassin dan bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya bagi mendapatkan pandangan
mereka untuk mengelakkan sebarang pelanggaran syarak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Feb ini sebagai pengundian awal
dan 18 Feb sebagai tarikh mengundi.

Ahmad Zahid juga berharap pengundi di kawasan itu akan meneruskan sokongan
kepada BN dan memberi kepercayaan kepada Jamilah, 61, untuk mempertahankan
kerusi yang pernah disandang oleh suaminya.
Katanya selain itu, rakyat Sarawak juga perlu memastikan kemenangan calon BN
bagi membolehkan kepimpinan baharu Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk meneruskan usaha membawa pelbagai pembangunan bagi manfaat rakyat kawasan itu seperti harapan allahyarham Adenan ketika menjadi wakil
rakyat di situ. – WD MY