KUALA LUMPUR, OKTOBER 25: ISTIQAMAH…Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk memberi sokongan moral kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berdepan dengan enam pertuduhan tambahan.

Dalam ciapannya bersama kedua-dua mereka duduk bersama, Zahid menulis bahawa “tekanan bertubi-tubi” itu tidak akan melemahkan semangat mereka.

“Tekanan bertubi-tubi kepada kami berdua tidak mematah semangat terus istiqamah dalam perjuangan,” ciapnya di Twitter.

Zahid juga beranggapan tindakan ‘overkilled’ ke atas Najib dan beliau akan menguntungkan mereka.

“Tindakan ‘over killed’ yang dilakukan menimbulkan defisit keyakinan kepada pemerintah. Ia amat untungkan yang tertuduh.

“Terima kasih kerana mengheret kami,” katanya.

Minggu lalu, Zahid didakwa dengan 45 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan.

Bekas timbalan perdana menteri itu, yang mohon dibicarakan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin pada RM2 juta.

Sebaliknya, Najib berdepan dengan 38 pertuduhan.

Tuduhan hari ini membabitkan pecah amanah jenayah berhubung dana M6.63 bilion.-MY WD