LAHAD DATU, 2 April – Korban….. Seramai Enam orang termasuk masing-masing seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan bayi berumur enam bulan, maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Dewata, dekat sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira jam 9.45 malam itu, semua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang kereta jenis PROTON Saga.

Manakala pemandu pacuan empat roda terbabit pula dilaporkan cedera ringan.

Mangsa yang maut ialah empat lelaki dipercayai warga asing, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun serta anak lelakinya berumur enam tahun.

Kemalangan itu menyebabkan kereta PROTON Saga itu remuk teruk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.48 malam sebelum menghantar 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya malam tadi. – WD MY