BALING, 5 Ogos – Mati Lemas…. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di pusat rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata Muhammad Ikram Akil Zamzani ditemui oleh orang ramai yang datang ke pusat rekreasi itu kira-kira 11 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kolam air panas berkenaan.

“Orang awam kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan pusat itu. Pihak Hospital Baling datang ke tempat kejadian dan sahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pihak polis turut terima panggilan jam 1.45 pagi tadi daripada bapa mangsa yang memberitahu anaknya meninggal dunia kerana lemas ketika mandi di kolam air panas berkenaan,” katanya.

Mayat mangsa akan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Taman Bersatu, Kuala Nerang dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat. – WD MY

LEAVE A REPLY