WASHINGTON, 31 Okt – Udara Tercemar…… Sebanyak 300 juta kanak-kanak di seluruh dunia hidup dengan menghirup udara sangat tercemar yang boleh menyebabkan kerosakan fizikal termasuk menjejaskan perkembangan otak, demikian menurut kajian terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kajian Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), hampir satu daripada tujuh kanak-kanak di seluruh dunia menghirup udara luar yang sekurang-kurangnya enam kali lebih tercemar daripada garis panduan antarabangsa, sekali gus meletakkan pencemaran udara sebagai faktor utama kematian kanak-kanak.

UNICEF menerbitkan kajian itu seminggu sebelum menjelangnya persidangan tahunan perubahan iklim PBB yang akan dihoskan oleh Maghribi pada 7 hingga 18 November.

Agensi yang mempromosi hak dan kesejahteraan hidup kanak-kanak itu, menggesa pemimpin dunia mengambil langkah segera bagi mengurangkan pencemaran udara di negara mereka. – WD MY