DUBAI, 16 Mac – Sebuah kapal Portugis berusia 500 tahun yang dikemudi bapa saudara penjelajah dan peneroka terkenal Vasco da Gama ditemui di luar pesisir Oman, menurut pakar arkeologi, semalam.

Penemuan itu turut membabitkan satu duit syiling yang amat jarang ditemui.

Kapal Esmeralda karam ketika ribut ganas dekat Pulau al-Hallaniyah di Lautan India pada Mei 1503 yang mengorbankan Komander Vicente Sodre dan semua atas kapal.

Sejak 2013, satu pasukan dari syarikat Blue Water Discoveries British dan Kementerian Warisan dan Budaya Oman menerokai satu lokasi di Teluk Ghubbat ar Rahib pulau terbabit.

Mereka kemudian bersungguh-sungguh mendakwa sisa kapal ditemui adalah milik sebuah kapal yang hilang sejak sekian lama, satu daripada dua kapal hilang ketika ribut dalam pelayaran kedua Vasco da Gama ke India.

Menurut Pengarah Blue Water Recoveries, David L Mearns, selain peluru batu, seramik, sebuah loceng dan sisa lain, penyelam turut menemui syiling perak dipanggil Indio dan syiling tunggal yang dikatakan masih wujud di dunia ketika ini.

Syiling itu ditempa pada 1499 selepas pelayaran pertama da Gama ke India dan ia membantu mereka menentukan tarikh bangkai kapal itu,” katanya. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY