JOHOR BAHRU, 27 April – Rampas Seludup Rokok Terbesar….. Jabatan Kastam Diraja Johor berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan rokok terbesar tahun ini bernilai RM3.695 juta membabitkan cukai taksiran berjumlah RM22.144 juta dalam dua serbuan berasingan dalam tempoh dua minggu.

Dalam serbuan pertama pada 3 April 2016 jam 11.30 malam, sepasukan kastam berjaya merampas 20.8 juta batang atau 104 ribu karton rokok putih dalam dua kontena di Jalan Kempas Lama.

Rokok yang dirampas bernilai RM1.664 juta, manakala cukai ditaksirkan berjumlah RM10.594 juta.

Dalam serbuan kedua pada 13 April jam 7 petang, kastam berjaya merampas 20.528 juta batang rokok dalam dua buah kontena di pelabuhan Pasir Gudang.

Turut ditahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut.

Menurut Pengarah Kastam Diraja Johor Datuk Ramli Johari berkata, kes disiasat mengikut seksyen 133 kurungan satu, kurungan A Akta Kastam 1967.

Sabit kesalahan boleh dihukum 10 kali ganda atau 20 kali ganda dari nilai rampasan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua duanya sekali. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY