PETALING JAYA, 17 Jan – Jabatan Kastam Diraja Malaysia mensasarkan 20,000 pendaftaran baharu melalui Ops Jejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST 2016 yang bermula hari ini hingga 22 Januari depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad memaklumkan operasi itu dilaksanakan bagi menjejak dan mendaftar mana – mana orang mahupun syarikat dan perniagaan yang telah layak berdaftar GST, tetapi masih gagal berbuat demikian.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ops Jejak GST 2016 di Kompleks JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY