KUALA LUMPUR, OKTOBER 13: ARAK…Dua buah syarikat tempatan didakwa menggunakan kepala surat dan dokumen palsu yang menyerupai sebuah syarikat pengeksport arak berasal dari India untuk menyeludup arak secara secara haram ke negara ini.

Penasihat United Breweries Limited, S Chandran berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai muslihat dua syarikat itu daripada rakan niaga mereka di Singapura, Bolt Global Trading masing – masing pada 19 September dan 20 Ogos lalu.

Menurutnya, dua syarikat itu bukan sahaja menggunakan kepala surat palsu malah mengeluarkan ‘Bill of Lading’ yang menyerupai syarikatnya untuk meyakinkan syarikat dari Singapura itu.

“Kami bernasib baik kerana rakan niaga kami dapat mengenali perbezaan di antara kepala surat asal syarikat kami dengan yang palsu sebelum membatalkan pesanan dari syarikat auta itu.
“Syarikat kami malah Bolt Global Trading sudah membuat aduan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung aktiviti dua syarikat itu namun tiada tindakan diambil setakat ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, United Breweries ebagai syarikat pengeksport rasmi bir Kingfisher ke 69 negara termasuk Malaysia, sentiasa rasa bertanggungjawab untuk membantu kerajaan mengekang penyeludupan arak haram ke negara ini yang boleh menjejaskan rakyat Malaysia.

“Kami juga sudah membuat aduan berkenaan kemasukan bir tiruan ke negara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)
“Kami berharap tindakan segera dapat diambil ke atas dua syarikat ini yang dipercayai mendalangi penyeludupan arak dari negara jiran namun menggunakan jenama antarabangsa untuk mengaburi pembeli,” katanya.-MY WD