KUALA LUMPUR, 26 Feb – Maki Hamun……. Kaunselor di Kedutaan Korea Utara di sini, Kim Yu-song mengherdik pengamal media yang menyerbu kereta Mercedes Benz berwarna
biru gelap yang dipandunya sehingga cermin sisi kereta itu tertanggal.
Beliau ketika itu sedang mengundurkan kenderaannya dari kawasan kedutaan
kira-kira 12.15 tengah hari tadi.
Yu-song lalu keluar daripada keretanya bagi membetulkan cermin itu di
sebelah bahagian pemandu serta meninggikan suaranya kepada pihak media.

 “Siapa pecahkan cermin sisi saya. Keluar dari sini,” jeritnya dalam bahasa
Inggeris.

Para pengamal media berhimpun di kawasan kedutaan bagi mendapat maklumt
terkini mengenai kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi
Korea Utara, Kim Jong-un. – WD MY