KAJANG, 15 MAC – TERBAKAR… Kawasan hutan seluas dua hektar di Jalan Bukit Mewah, Taman Bukit Mewah, di sini, terbakar malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan api berjaya dikawal pada jam 10.30 malam, kira-kira empat jam selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kita terima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang sebelum menggerakkan 19 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Pandan dan Cyberjaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, api sedang marak dan anggota bomba melakukan pemadaman serta-merta.

“Fokus pemadaman turut menumpukan kepada usaha mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran rumah kediaman orang awam,” katanya.

Punca kebakaran hutan bagaimanapun masih dalam siasatan. -WD MY