KUALA LUMPUR, 15 Julai – Talian ……. Timbalan Presiden MDPM Tan Sri M. Kayveas akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan satu “hotline” untuk masyarakat membuat aduan mengenai aktiviti penggunaan gelaran palsu atau yang tidak diiktiraf.

Majlis Datuk-Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) membuat cadangan itu kerana ia perlu bagi masyarakat mengesan dan melaporkan jika sangsi dengan penggunaan pangkat Datuk yang digunakan seseorang individu.

Satu pusat yang sistematik perlu diwujudkan bagi mengumpul data dan senarai nama penerima anugerah dan gelaran.

Pada Disember tahun lalu, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 serta Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016 bagi menge­kang gejala tidak bermoral terhadap kegiatan penipuan dan penyalahgunaan gelaran kebesaran.

Bagi Presiden MDPM Tan Sri Danny Ooi, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco majlis itu sebagai satu usaha memperjuangkan integriti penerima anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran.

“MDPM menyokong penuh usaha kerajaan menguatkuasakan dengan tegas akta ini. Yang penting adalah pelaksanaannya. Kita akan bincang dalam mesyuarat majlis exco bagi mencadangkan untuk menubuhkan satu hotline to complaint, as a whistle blower,” katanya di Malam Ramah Mesra Aidilfitri MDPM. – WD MY

 

Sementara itu,