KUALA LUMPUR, 7 Jan – Seramai 1,090 warga asing yang bekerja
sebagai pengawal keselamatan secara tidak sah, ditangkap dalam operasi bersepadu
di seluruh negara sepanjang 2014 dan 2015.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim
berkata hasil operasi itu, seramai 29 majikan yang menggaji pengawal keselamatan
asing secara haram dikenakan kompaun oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“KDN juga membatalkan lesen 40 syarikat kawalan keselamatan manakala
49 syarikat dikenakan amaran terakhir atas pelbagai kesalahan termasuk
menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram.

“KDN hanya membenarkan pengawal keselamatan warganegara Nepal untuk bekerja
bagi tempoh tiga tahun sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“KDN memandang serius dakwaan dan laporan mengenai kebanjiran pengawal
keselamatan warga asing haram dan akan mengambil tindakan tegas berterusan
mengatasinya mengikut peraturan ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian
1971, Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Pendaftaran Negara 1959,” katanya. – Sofea Nawar

LEAVE A REPLY