KUCHING, 26 SEPT – Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan permohonan daripada
sekumpulan 1,600 orang di Sarawak yang menghadapi masalah mendapatkan sijil kelahiran
dan kad pengenalan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Pendaftaran Negara
dijangka menyediakan dokumen berkenaan untuk mereka bermula di Tamin dalam Divisyen
Sibu, dalam waktu terdekat

Beliau berkata demikian pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang
Rh.Mathew Manai Tan di Kampung Melikin Danau, Kerengas B di Balai Ringin,
kira-kira 100 kilometer dari sini.

Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
mesyuarat Kabinet telah mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas untuk
menyelesaikan permohonan yang berdepan masalah.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya menggunakan kuasa yang
diberikan kepada saya untuk menyegerakan kelulusan permohonan berkenaan, lagipun
semua ibu bapa dan kanak-kanak terbabit merupakan anak kelahiran tempatan.

“Kanak-kanak, terutamanya pelajar, pastinya amat memerlukan dokumen itu
untuk meneruskan pelajaran mereka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau berharap untuk melakukan lawatan ke negeri ini
terutamanya ke kawasan-kawasan luar bandar, sekurang-kurangnya sekali sebulan
untuk tujuan itu.

“Saya akan datang melawat tetapi saya tidak hanya akan membuat janji kerana
terdapat rakyat yang sentiasa menyokong kerajaan dan mereka berhak dibantu,”
katanya.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY